Charles Ernest Grassley (lahir 17 September 1933) ialah seorang
ahli politik Amerika Syarikat berkhidmat sebagai
presiden pro tempore Senat Amerika Syarikat. Beliau merupakan
senator kanan Amerika Syarikat dari
Iowa. Beliau berkhidmat selama tujuh penggal dalam Senat sejak pertama kali dipilih pada tahun 1980.Dilahirkan di New Hartford, Iowa, Grassley dibesarkan di sebuah ladang.,
[1] Beliau lulus dari sekolah menengah bandar. Di Maktab Perguruan Negeri Iowa (kini University of Northern Iowa), beliau memperoleh ijazah B.A. pada tahun 1955 dan M.A. dalam sains politik pada tahun 1956. Beliau berusaha memperoleh ijazah Ph.D. dalam sains politik di University of Iowa, tetapi akhirnya tidak menyelesaikan pengajiannya. Dari tahun 1967 hingga 1968, Grassley mengajar di Charles City College.
[2]Seorang anggota
Parti Republikan, Grassley berkhidmat selama lapan penggal di dewan perwakilan Iowa (1959–1975) dan tiga penggal di
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (1975–1981). Beliau telah menjalani tiga tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Senat dalam tempoh majoriti Senat Republikan.
[3][4] Apabila penggal Senator Orrin Hatch berakhir pada 3 Januari 2019, Grassley menjadi senator Republikan paling kanan di Senat. Beliau dipilih sebagai presiden pro tempore Senat untuk Kongres Amerika Syarikt ke-116.
[5][6]Grassley berkahwin dengan Barbara Ann Speicher pada 22 Ogos 1954. Mereka mempunyai lima anak iaitu Lee, Wendy, Robin, Michele, dan Jay.
[7] Cucu lelakinya Pat Grassley ialah ahli Dewan Perwakilan Iowa. Pada 17 November 2020, Grassley mendedahkan bahawa beliau disahkan positif
COVID-19.
[8]